BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 22, 2010

MaMpUkAH AkU..

Langkah tanpa arah. Sesat di jalan yang terang.. Airmata yang menitis mampu kah menghilangkan semua keresahan ini? Walaupun ku katakan cukuplah semua derita sampai di sini. Aku tidak akan mampu menghentikan semua itu.. Mungkin bodoh ku sudah sampai ke tahap yang maksimum dan tidak dapat dihentikan lagi.
Lumrah kehidupan manusia. Setiap penantian akan ada penghujungnya walaupun kita tak ingin mencari apakah ertinya semua itu.. Walaupun penat kita tidak mungkin akan dapat berhenti, walaupun penat kita akan terus mencari, walaupun penat kita akan terus mengejar sampai tidak mampu lagi. Penat itu hanya mampu terucap di bibir tetapi tidak akan mampu menghentikannya sampai bila-bila. Walaupun hakikat ku tidak akan menjumpai.
Mungkin aku sudah terperangkap di tengah-tengah lautan yang berombak. Tidak mampu untuk membenci walaupun aku memang benci dengan kehidupan ini. Aku takut aku akan menjadi semakin kejam dan beku kerana tidak mampu untuk menghindari semua ini..

0 comments: