Diam membawa seribu erti.. Ku membisu kerana ku ingin diam.. Ku diam kerana ku ingin membisu. Tapi yang pasti ku berdiam kerana aku tidak mengerti. Dan aku membisu kerana aku memang tidak akan mengerti.. Satu makna bukan.. Hanya mempunyai 1 maksud yang sama.Tidak semua yang akan faham maksud diam, membisu akan membawa kepada sebuah pengertian. Ku hanya diam.. Diam, diam dan diam..
Ku ingin mencari sinar kebahagiaan itu walaupun ku rasa ingin menjauh, rebah dan hancur. Kadang-kadang sukar untuk mempercayai sebuah realiti kehidupan. Sukar kerana takdir selalu merampas kehidupan itu sendiri. Kita cuma berharap seseorang dapat memegang tangan kita dan tunjukkan jalan yang betul dan yang harus kita lalui.. Kadang-kadang terasa penat untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti. Mungkin itu yang pertama dan terakhir untuk kita. Tetapi semua itu tidak perlu sebenarnya.
Kadang-kadang kita membisu dan diam kerana mungkin kita tidak kenal siapa diri kita sendiri dan semakin takutkan diri sendiri. Kita cuba, cuba dan terus mencuba untuk mencari.. Mencari makna bagi sebuah kebisuan di dalam diri sendiri..

0 comments:
Post a Comment